About Me

My photo
An Air Asia Cabin Crew/ Entrepreneur

Wednesday, 17 June 2009

Seminggu di Jakarta

"Selamat Datang ke lapangan terbang Antarabangsa Soekarno Hatta, Jakarta" cukup manis menggambarkan betapa gembiranya sekumpulan pelajar yang datang jauh dari sempadan Malaysia ke Republik Indonesia. Ada yang merasakan agak mustahil sebenarnya dapat menjejakkan kaki di tempat orang, apatah lagi tempat yang jauh bersempadankan lautan. Terima Kasih sekolahku SMK Sikuati, Kudat. Inilah yang dikatakan mimpi jadi rialiti. Menikmati sosiobudaya masyarakat lain  yang agak berbeza ras dan mentalitinya pasti akan menjadi sejarah bermakna dalam kehidupan. Rasa seronok yang teramat sekali sepanjang lawatan ini, tatkala dapat berkongsi pengalaman bersama teman-teman. Pastinya tidak akan padam dari ingatan. Peluang sebegini membawa kami memahami tiada yang mustahil dalam hidup dan kami sangat bertuah kerana telah diberikan peluang untuk terlibat dalam lawatan sambil belajar ini. Bak slogan komersial Air Asia "everyone can fly", kami juga telah terbang bersama impian dan tekad. Lawatan sambil belajar ini telah menjadi pengalaman besar serta inspirasi dalam memahami sosiobudaya masyarakat lain.   

Kami amat teruja bukan sahaja kerana sangat gembira tetapi dapat meluaskan lagi pengetahuan tentang sejarah dan geografi manusia. Berinteraksi dengan masyarakat Indonesia meski pun dari aspek komunikasi, dialeg bahasanya sedikit berbeza namun banyak memberikan kami inspirasi dalam memahami situasi, mendekati budaya dan mengenali masyarakat luar. Di sana juga kami  menjaga tatasusila sebagai pelawat khususnya sebagai rakyat Malaysia yang terkenal dengan budibahasanya yang tinggi. Tambahan pula, bermaknanya pengalaman untuk dikongsi apabila dapat menikmati sosioekonomi, sedikit sebanyak politik dan sosial masyarakat Indonesia yang jelas amat berbeza dengan negara kita. Justeru, kami percaya setiap perkara ada pro dan kontranya. Yang pasti, kami bukan sahaja berpeluang menggunakan bahasa yang biasaya Melayu dialeg Indonesia tetapi dapat mempelajari banyak perkara lain yang lebih penting dari itu.
Hari ke 6 telah mengakhiri lawatan ini, meski masa cukup mencemburi kami, namun banyak pengalaman yang dapat ditimba sepanjang seminggu di Jakarta. Dalam pada menikmati lawatan yang cukup bermakna pasti ada tragedi yang tidak dapat dilupakan. Ketika berada di Lapangan Terbang Terminal II Kota Kinabalu ramai dalam kalangan kami masih berdialog dalam dialeg Indonesia. Hal ini cukuo melucukan ketika salah seorang daripada kami menggunakan perkataa 'permisi pak' kepada salah seorang crew di lapangan terbang tersebut dan rasa hairan crew tersebut membuatkannya tersenyum sinis. (+_~)

sehari di Bandung


Ayahanda Tuan Pengetua En.Liasin Kaloh
Kawah Gunung Berapi
 Setiba di Lapangan Terbang Jakarta kami meneruskan perjalanan ke Bandung. Dari malam sehingga mentari hampir kunjung tiba, kenderaan yang kami naiki gagah mendaki jalan berbukit semaksimanya. Mentari mula timbul di ufuk timur, tapi kedinginan mula meresap ke liang roma.Menikmati pemandangan menghijau dan rumah-rumah kotak di sepanjang perjalanan menuju Tangkuban Parahu, Bandung menjadikan hati terasa amat puas walaupun jasad terasa letih kerana perjalanan yang panjang. Kami disambut oleh rasa luar biasa, tatkala bau belerang mula menusuk ke dalam deria hidu. sebenarnya itu adalah bau yang berpunca daripada kawah gunung berapi yang pernah meletus satu ketika dahulu. Menurut pemandu van jenis SUZUKI yang membawa kami sepanjang lawatan ini, kawah gunung berapi tersebut masih lagi aktif hingga kini.

Dalam perjalanan ini, Ladang teh dan kebun-kebun strawberi yang kemerah-merahan lebih menarik perhatian kami. Justeru itu, peluang merasainya tidak akan sesekali disiakan, kemanisan strawberi boleh dinikmati dengan hanya 10ribu Rupiah(bersamaan 3.50ringgit) menjadi kemestian bagi setiap orang yang berkunjung.
Apa yang lebih mengkagumkan ialah peluang melihat sendiri rumah-rumah kotak yang didirikan di sepanjang persekitaran jalan dalam menjejaki kawah gunung berapi Tankuban Parahu.Disamping itu, tidak jauh dari kawasan kawah terdapat deretan kedai yang menyediakan aneka kedai yang menjual cendera mata untuk dibawa pulang. Harganya bukan sahaja berpatutan tetapi kami juga mengadakan tawar-menawar dengan penjual.
Setelah puas berada di Tangkuban Parahu kami beralih pula ke sebuah bandar yang terdapat di Bandung. Kami telah di bawa ke sebuah pusat membeli-belah. Suasananya amat sesak sekali. Tambahan pula, aktiviti peljual yang gemar berada diluar pintu premis mereka dan memanggil-manggil pelanggan. Ia pastinya meriuhkan keadaan. kami tidak mengambil masa yang lama di situ, kami kembali semula ke Jakarta untuk berehat di Ibis Hotel dan meneruskan lagi perjalanan di Sekitar Metropolitan Indonesia itu.

Popular Posts