About Me

My photo
An Air Asia Cabin Crew/ Entrepreneur

Wednesday, 21 March 2012

Empat Hari, Tiga Malam di Manila, Republik Philippine.

Alhamdulillah lama menunggu, saatnya tiba. Sehingga ke hari ini banyak peristiwa yang masih segar dalam ingatan. Sejujurnya saya tidak tahu mengapa saya begitu teruja ingin berada di dalam negara ini walaupun banyak daripada kita percaya bahawa negara ini tidak begitu selamat untuk dikunjungi. Pada coretan saya kali ini saya akan cuba mengubah persepsi anda berkenaan negara yang damai ini. disamping berkongsi pengalaman yang menarik sepanjang keberadaan saya di sini.
Pemandangan Dari Moa-Eye

Sebelum terlupa, terima kasih kepada syarikat penerbangan tambang murah AirAsia. Kewujudan syarikat penerbangan ini sekali lagi berjaya memberikan peluang kepada saya merialisasikan impian saya untuk meneroka perbezaan budaya di negara lain, setelah sebelum ini berkesempatan menjelajah ke Republik Indonesia- Jakarta ke bandung. Hari ini 16 mac saya anggap sebagai tarikh penuh penantian bagi tahun 2012. Lebih menggembirakan saya tidak keseorangan seperti berada di Kuala Lumpur-Langkawi. Bersama-sama saya seorang teman rapat dan 3 orang sepupu tercinta.Seawalnya, perjalanan kami ini telah dirancang sekitar bulan januari yang lalu. Termasuklah membuat tempahan tiket melalui AirAsia.com memandangkan harga tiket untuk sampai ke negara ini tidaklah begitu mahal. Berbaloi dan berpatutan.

Sejarah Lapangan Terbang Diosdardo P. M.
Tiba di Diosdardo Macapagal International Airport pada 16 Mac pukul 3:35pm. Lapangan terbang ini bukanlah sebuah lapangan terbang mewah dan sibuk namun apa yang lebih penting pengurusannya tidaklah begitu mengecewakan. Kami keluar daripada lapangan terbang selepas beberapa minit mengurusakan borang lawatan luar negara dan pemeriksaan yang begitu teliti.

Kami disambut oleh kaunter tiket bas untuk keluar daripada Clark Manila ke Pusat Bandar. Perjalanan ini mengambil masa lebih 2jam 30 minit untuk sampai ke destinasi yang ditetapkan.
Memandangkan kami tidak tahu kemana hala tuju bas ini dan hanya berbekalkan sedikit maklumat yang diberikan oleh dipengedar tiket bas, kami memberanikan diri. Untuk sampai ke destinasi, kami  perlu membayar P450 bersamaan RM32  setiap seorang mengikut harga yang tertera pada tiket perjalanan dari Clark, Manila ke Pasay City tempat terakhir bas ini akan berhenti. Bas bergerak terus menuju ke Pasay dan kami disambut panorama yang mungkin tidak biasa biasa kita lihat. Kalau sebelum ini saya pernah melihat rumah-rumah kotak dalam perjalanan dari Jakarta ke bandung tapi berbeza di Manila. Masyarakat yang miskinnya membina perkampungan kecil di sekitar pinggir jalan dan ada juga yang terpaksa membina rumah di bawah jambatan jalan (flyway).

Di dalam perjalanan itu, bas yang kami naiki akan berhenti disetiap perhentian khusus dan kami perlu sedikit peka terhadap setiap perhentian. Setiba di stesen terakhir iaitu Pasay, kami terkejut melihat keadaan sekeliling stesen bas ini kerana ia tidak ubah seperti kawasan yang menakutkan dan dikelilingi pekan-pekan kecil. Kami sedikit kecewa dan menyesal kerana tidak turun ketika berada diperhentian yang lebih awal seperti SM Mall. Natijah daripadah keraguan demi keraguan pada awalnya telah menyebabkan kami berada di sini kawasan ini. Pun begitu, lebih mengelirukan SM mall iaitu pusat membeli-belah terbesar di Asia dan bilangannya bukan satu di Manila. Ada lebih kurang 3 ke 4 mall yang menggunakan logo yang sama.
Oleh itu, kami mengambil keputusan untuk mendapatkan hotel. Dalam keadaan sedikit mengeluh diantara kami. Kami ditegur oleh seorang wartawan daripada stesen televisyen GMA iaitu stesen terpopular di Philippine untuk ditemu-ramah. Seorang daripada kami telah ditanya berkenaan penggunaan CCTV di kawasan awam seperti stesen bas. Kami di minta untuk menonton saluran 6 dalam rancangan NightLine pada malam ini. Kami begitu teruja dan mengganggapnya sebagai permulaan yang menggembirakan di republik ini.

Setelah berbincang kami sependapat untuk menaiki teksi ke sebuah hotel yang telah disenarai pendekkan. sebelum menaiki teksi kami sempat ditegur oleh seorang kondaktor teksi untuk membuka semua barangan kemas yang dipakai. keadaan ini sedikit mencemaskan. Walaubagaimana pun Alhamdulillah, tidak ada perkara buruk yang berlaku. Dengan menaiki teksi yang tidak begitu memahami bahasa inggeris amat menyukarkan kami. Teksi ini telah mengenakan P400 bersamaan RM28 untuk ke destinasi. Pemandu teksi ini kelihatan tidak begitu jujur dan sering memperdayakan kami untuk turun di kawasan berdekatan. Di mana kami yakini beliau ingin menjimatkan kos penggunaan bahan api teksinya. Pun begitu, dengan sedikit keberanian kami telah membuat keputusan dalam jangka masa yang sangat pendek. Kami sebulat suara meminta pemandu teksi untuk menghantar kami ke SM Mall of Asia bagi mengelakkan kami daripada ditipu dan memastikan kami berada di kawasan yang selamat.

Alhamdulillah, setelah tiba di kawasan yang terang menderang daripada berada di kawasan yang menakutkan dan tidak ubah seperti Black Area. Justeru, menukarkan perasaan panic kepada teruja. Mana tidaknya, di hadapan kami sahaja terdapat sebuah mall yang sangat kemudian berpaling ke belakang mata agak terpesona melihat suasana pesta yang sangat meriah. Kami berjalan kaki hampir 2km untuk mencari hotel di sekitar SM Mall.
Bertanya kepada pengunjung dan polis yang berdiri di jalan sehingga masuk ke dalam mall untuk tembus ke seberang. Sejujurnya kami langsung tidak merasa penat mengangkat bag galas dan mengheret bagasi kerana begitu teruja melihat premis-premis mewah di dalam mall. Mata pengunjung di dalam mall tidak berhenti daripada mengekori kami. Mungkin mereka berasa hairan akan kewujudan kami di situ bersama-sama beg galas dan bagasi.


Syukur kehadrat ilahi tidak jauh daripada situ kami melihat kelibat sebuah bangunan tinggi tertera Metrotel. Namun, dalam perjalanan yang agak jauh kami yakin hotel ini tentunya menawarkan harga yang mahal untuk penginapan. Setiba dihotel kami disambut dengan penuh rasa hormat sebagaimana tetamu hotel 4 bintang di negara kita. Setelah salah seorang daripada kami berbincang berkenaan bilik untuk tempahan, jangkaan kami tidak salah. Pada masa ini hotel tersebut menerima pengunjung yang ramai dan hanya ada sebuah bilik Suit yang berharga sekitar P4000 bersamaan RM280. Berikutan keadaan kami yang keletihan kami mengambil keputusan untuk terus menginap di situ. Berada di tingkat 4 bilik itu pemandangan keluar begitu merujakan. Dari panorama indah Pasay city yang gemerlapan ke Pasay bay yang menyegarkan.

Jam menunjukkan 10.00pm. Asalnya kesemua daripada kami tidak berpuas hati dengan keadaan bilik. Namun, mahu tidak mahu tempahan telah pun dibuat dan adalah lebih baik tidak perlu terlalu cerewet. Bilik ini menyediakan kesemua keperluan seperti singki di dalam bilik, pemanas air, microwave, peti sejuk, 2 katil bersaiz queen, sofa (boleh diubah menjadi extra bed) dan kemudahan asas yang lain. Selepas menyegarkan badan kami tidak mahu membuang masa, kami terus berjalan kearah semua taman rekriasi bagaikan sebuah pesta. Ramai pengunjung berada di situ. Disamping bahagian tembok pesisir pantai dipenuhi pengunjung, terdapat deretan premis yang menyediakan hiburan seperti nyanyian, menjual minuman keras, shisha, restaurant, pasar buah-buahan, dan terdapat taman tema untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Kami berasa amat teruja dan gembira.


Apa yang lebih penting, Manila bukanlah sebuah negara yang menakutkan. Polis dan pengawal keselamatan berada di banyak kawasan, bukan sahaja di atas jalan atau di kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai, malah akan berada di setiap pintu pusat membeli-belah atau pasar raya bagi memeriksa beg dan badan pengunjung bagi mengelakkan berlaku perkara yang tidak diingini seperti melakukan kekecohan atau membawa masuk senjata. Mungkin perkara ini tidak normal di tempat kita namun apa yang lebih penting adalah kita menerima secara positif perbezaan negara lain untuk kesenangan kita selaku pengunjung dan memudahkan pihak lain. Asalnya saya juga berasa tidak begitu selesa kerana setiap kali memasuki mana-mana pusat membeli-belah terpaksa membuka beg dan badan saya perlu diraba. Namun, saya yakin melihat polis berada di merata tempat bersama senjata api dan peralatan keselamatan yang lain adalah sesuatu yang sepatutnya dilihat sebagai usaha mengawal ketenteraman awam di repubik ini.
Globe Pasay City
Moa-Eye
Sebenarnya, kami begitu bertuah berada di Bandar Pasay pada ketika ini kerana kami berkesempatan bersama-sama menyaksikan The 3rd Philippine International Pyromusical Competition yang disertai oleh banyak negara. Hal ini jugalah yang menyebabkan harga tempahan sebuah bilik lebih mahal daripada sebelumnya. Pada festivel kali ke tiga pertandingan bunga api ini kebanyakkan daripada pusat membeli-belah di Pasay City telah mengadakan Mega Sale sebagai sambutan dan sokongan terhadap pesta tahunan mereka. Kami berkesempatan menaiki Moa-Eye yang menyerupai Eye on Malaysia dengan harga P100 atau besamaan RM8. Melihat pemandangan sekitar Pasay City dan sebuah Globe yang sangat cantik dengan sususan perkataan di atasnya berwarna-warni membuatkan Pasay City begitu istimewa di mata kami.

Sekitar 2am, walaupun berasa sangat letih namun tidak ada perkataan yang mampu untuk saya ungkapkan bagi menunjukkan betapa hati kami begitu teruja berada di sini. Berjalan pulang dan sempat singgah di sebuah pasar yang menyediakan pelbagai jenis buah-buahan segar dan makanan basah. Kesempatan yang ada ini digunakan oleh kak Liza untuk membeli buah-buahan. bak kata orang, tidak lengkap percutian di sini jika tidak merasai sendiri kemanisan rasa mangga Manila yang menjadi kebanggaan rakyat di sini. Manakala yang lain tidak melepaskan peluang membeli rokok, makanan ringan dan macam-macam lagi yang jauh lebih murah berbanding dengan negara kita.

Pagi yang segar di Manila. Namun, kita perlulah bersedia lebih awal dengan mengambil ubat-uabatan yang sepatutnya seperti antibiotic kerana cuaca yang berbeza dan suhu yang panas mungkin boleh mengganggu perjalanan jika anda mengabaikannya. Oleh itu, kami telah bersiap sedia dengan mengambil air mineral dalam kuantiti yang banyak. Di dalam SM Mall of Asia yang terlalu besar dan panjang. Mall ini menyediakan pelbagai barangan berjenama dan suasana di dalam mall ini begitu mewah. Selain daripada itu, terdapat juga makanan ala Malaysia dan beberapa buah gerai jualan di bahagian bawah mall ini meletakkan logo halal. Antara makanan yang sempat kami rasa ialah Bibingka, Kebab, dan ice cream yang sangat sedap dan menyelerakan. Antara kaedah terbaik memilih makanan di sini ialah bertanya kepada juru-jual akan kandungan makanan kerana kebanyakkan juru-jual bersifat terbuka terutamanya kepada pelancong dan sangat peramah kepada pelanggan.

Sedikit melucukan apabila kami sbeberapa kali diajukan soalan dan dibawa berbual dalam bahasa tagalong oleh penjual, pengawal dan pengunjung di situ. Ianya juga merupakan pengalam yang amat menyeronokkan. Pernah sekali kami terserempak dengan seorang pengawal keselamatan yang menegur kami dalam bahasa tagalog dan beliau amat terkejut kerana kami tidak memahaminya, beliau menjelaskan wajah orang Malaysia khususnya di kepulauan Borneo dan Pinoy tidak begitu berbeza. Secara tidak langsung terbit rasa bangga, gembira dan teruja tetapi melucukan. Walaupun pada dasarnya negara ini diakui menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa kedua atau bahasa perantaraan mereka namun daripada pemerhatian saya tidak semua masyarakatnya boleh menggunakan bahasa tersebut dengan sangat baik. Maksud saya ianya tidak jauh berbeza dengan masyarakat negara kita.

Puas membeli-belah dan bergembira. Saya, Mat, Maxy, KakLiza dan Didi mengambil keputusan untuk pulang berehat dan merancang untuk menghadiri Festival terbesar Philippine yang hanya diadakan bersebelahan tempat penginapan kami. Tiket VIP hanya dijual dengan harga P550 bersamaan RM40. Kami menyaksikan pesta bunga api musical yang sangat mengagumkan. Pasay City dihujani bunga api yang berwarna-warni disertai irama muzik rancak ke sentimental. Jutaan orang yang membanjiri Pasay Bay berteriakan kerana begitu teruja melihat bunga api yang boleh saya katakan sangat dramatik kerana mengikut rentak muzik.

18 Mac, kami merancang untuk menerusakn perjalanan ke Makati City. setiba di sana kami terus dihantar ke sebuah hotel iaitu Durban Inn dengan kos menaiki teksi P400. Seawalnya kos perjalanan kami ialah P200 tetapi  pemandu teksi yang kami naiki mahu  dibayar P200 lagi, tidak mahu memanjangkan hal ini kakLiza menambah P200 tadi bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.
Nanti Sambung 2 hari 1 malam di Makati City. :)

5 comments:

Popular Posts