About Me

My photo
An Air Asia Cabin Crew/ Entrepreneur

Wednesday, 12 August 2015

Naik tuk-tuk di Bangkok.

Salam semua,

Di dalam pengkongsian kali ini, saya ingin berkongsi kepada anda pengalaman 4 hari 3 malam di kota metropolis Bangkok, Thailand. Perjalanan dengan persiapan ringkas dan saya hanya menetapkan beberapa matlamat untuk berkunjung ke kotaraya Bangkok. Pertama saya ingin melawat ke mana-mana temple yang menarik di Bangkok. Kedua, saya ingin merasai sendiri pengalaman berada di atas boat menyaksikan urusan membeli-belah dilakukan di floating market

 Instagram: @zara_licious, @hafizhusen, @mdshafik, @nifertitiolivia, @mierahambrose

Syukur alhamdulillah, peluang berada di Bangkok tidak disia-siakan. Apa yang dihajati berjaya di lunaskan. Bagi pengetahuan anda semua, pengembaraan kali ini saya ditemani oleh 3 orang gadis-gadis cantik di bawah bayu dan seorang abang handsome jauh terbang dari bumi kenyalang. Hehe Pengalaman ini cukup bermakna kerana kami bukan sahaja berpeluang melihat sendiri perbezaan budaya, bahasa dan kepercayaan sebahagian besar masyarakat di sini. Selain daripada itu, tidak sahlah pengembaraan ini jika tidak merasai sendiri makanan yang diinspirasikan sendiri oleh masyarakat Thailand yang beraneka dan enak.

Pengalaman tuk-tuk yang pertama.
Pada hari pertama setelah tiba di Don Muang International Airport, kami terus menaiki mini bas menuju ke hotel yang telah di tempah secara online di Prince Palace Hotel lokasinya terletak di Damrongrak Road dengan kos RM1000 bath (RM100). Mahal bukan? Ini kerana lokasi hotel yang jauh daripada Airport. Sungguh pun, hotel ini menyediakan panorama yang amat mengagumkan selain menyediakan bilik penginapan yang selesa serta mewah tetapi sekiranya anda inginkan percutian budget, saya tidak menyarankan anda untuk membuat tempahan di hotel ini. Memandangkan lokasinya yang agak jauh daripada bandar. Kami membelanjakan kira-kira 200 bath (RM20)  untuk sampai ke bandar menggunkan tuk-tuk ataupun teksi. Melainkan sekiranya anda datang bertujuan untuk menikmati suasana tenang, hotel ini mungkin sesuai untuk anda. Hotel view, gambar paling atas kasih 5 bintang. Setiba di hotel, kami segera bersiap dan meneruskan perjalanan menuju ke salah satu pusat membeli-belah terkenal di Bangkok iaitu Siam Paragon. Siam Paragon ini menempatkan koleksi-koleksi barangan berjenama. Maaf, saya bukan tidak berminat tapi tidak mampu. haha



Wajib cuba Coconut Ice-cream.
Hari ke dua, kami meneruskan pula perjalanan menaiki tuk-tuk ke tren atau MRT untuk membolehkan kami ke Pasar Caktukcak. Pasar ini menempatkan pelbagai barangan cenderamata dengan harga berpatutan. Bagi pelancong Chatukcak ini adalah salah satu tempat yang wajib untuk di kunjungi dan pasar terbuka ini dibanjiri pelancong dari pelbagai negara seperti Korea, China, Eropah mahupun warga Bangkok itu sendiri. Kepelbagaian seni kreatif, lukisan tangan, perhiasan, aneka jenis makanan yang unik dan kraf boleh ditemui di sini. Sungguhpun panas terik dan hilang di dalam ribuan pengunjung namun perjalanan di sini amat merujakan. Setelah puas meronda di kawasan pasar Chaktukcak, perjalanan diteruskan pula dengan menaiki MRT ke Platinum Mall. Salah satu pusat membeli-belah yang terkenal kerana menempatkan premis-premis jualan pakaian dengan harga sangat amat-amat berpatutan. Platinum Mall ini juga terkenal di Bangkok kerana menjual barangan pakaian, aksesori wanita, kasut, barangan kulit dan sebagainya dengan harga borong. Nothing much i can say, memang berbaloi-baloi.


Hari ke tiga adalah hari yang sangat saya nantikan, get ready as early at 6.00 am waktu Bangkok, kami memukan perjalanan menuju ke salah satu Floating Market terkenal di Bangkok yang dikenali sebagai Damnoen Saduak dengan menggunakan perkhidmatan Tour Guide dengan kos sekitaran 1600 bath (RM160). Bagaimana untuk mendapatkan perkhidmatan ini? cuba bertanya kepada pemandu teksi, tuk-tuk ataupun gunakan perkhidmatan yang disedikan pihak hotel. Mengambil masa lebih kurang sejam 30 minit untuk tiba ke destinasi, Kami berpeluang merasai sendiri duduk di atas perahu dan membelilah sesuatu di situ. Tidak ada yang menarik sangat pun, tapi pengalaman itu sebenarnya yang berharga. Selesai dengan floating market tadi, kami meneruskan lagi perjalanan ke Elephant Farm. Tidak jauh dari lokasi floating market, Elephant farm ini membolehkan kita melakukan pelbagai aktiviti adventure yang melibatkan binatang identiti  Thailand itu sendiri iaitu gajah. Gajah bukan sahaja boleh diberi makan malah boleh ditunggang juga ya. haha tetapi memandangkan harga yang dikenakan untuk aktiviti-aktiviti ini tidaklah begitu berpatutan, makanya kami mengambil keputusan untuk berjalan-jalan sahaja di kawasan sekitar dan melihat gajah-gajah tersebut dengan lebih dekat. Konklusinya, gajah dan Thailand tidak dapat dipisahkan.





Tour Guide, kami teruskan pula ke Grand Palace yang menempatkan Istana Rama I, II, III, IV (Raja Thailand pertama hinggalah ke hari ini). Grand Palace atau The Temple of Emerald Buddha. Di sini kami berpeluang memperlajari sedikit-sebanyak berkenaan sejarah kerajaan Thailand, sejarah setiap kuil yang dibina dengan seni bina yang mengagumkan serta diperincikan dengan reka bentuk yang memberi penekanan kepada nilai budaya masyarakat dan kepercayaan mereka. Kuil dibina dengan indah dan mewah melambangkan kekayaan negara ini serta keyakinan mereka terhadap dewa-dewa serta kuasa mutlak Raja yang menakluki kerajaan di Thailand. Impressive


Hari terakhir, mengambil masa untuk berehat di hotel sementara menunggu masa untuk berangkat ke Don Muang International Airport. Hari akhir, kami menaiki teksi untuk ke Airport dengan kos sekitar RM 60 atau 600 bath. 

Many many thanks to @hafizhusin sebab decide to join our vacation dan jadi tour guide selain bg byk informations masa dekat Bangkok. Saya pun sudah mengantuk, malas mahu conclusion, vacation kali ni mmg AWESOME! haha 
Selamat malam, bye.. #backtoreality

Thursday, 16 April 2015

Menariknya Bali.

Salam,

Selepas setahun mengecap impian terbang bersama Air Asia baru kali ini berkesempatan untuk bercuti. A very short vacation! Tapi sangat berbaloi-baloi. Sungguh pun makanan di Bali tidaklah semurah Jakarta dan Bandung tetapi what a vacation kalau makan pun hendak berkira kan? Go ahead, makanlah whatever you want. 


So guys, let me start with a very short introduction. Bali merupakan salah satu kepulauan Indonesia yang sangat popular. Bukan sahaja kerana terdapat banyak sekali tempat-tempat yang menarik di sini. Tetapi juga kerana kekuatan budaya dan kepercayaan Hindu-Buddha yang masi dikekalkan oleh  masyarakat di Bali. Sangat unik! 

Tanah Lot, Bali. 

4hari 3malam di Bali cukup singkat. Tapi Alhamdulillah masa yang ada tidak sedikit pun terbuang begitu sahaja. Objektif datang ke Bali adalah ingin menikmati suasana yang meriah dengan kehadiran pelancong China, Eropah, India dan sebangainya yang sangat ramai. Selain daripada melihat sendiri keindahan pantai dan bentuk muka bumi semula jadi yang terdapat di Bali. 
Kecak Dance, Uluwatu, Bali.

Uluwatu, Bali
Budget melancong di Bali agak murah. Anda boleh mendapatkan tiket penerbangan tambang murah AirAsia.com kemudian buat tempahan hotel melalui Booking.com dan bawa bersama duit poket sekitar RM1500 cukup memadai. Tapi sekiranya anda suka membeli-belah mungkin anda perlukan lebih lagi kerana hanya di Bali anda boleh dapatkan factory outlet yang menjual Quick Silver and Roxy dengan diskaun sehingga 40% ke 50%.

Pantai Pendawa.


Sebagaimana yang saya katakan tadi, tujuan asal saya bercuti ke Bali adalah untuk melawat tempat-tempat menarik di sini. Jadi keinginan untuk membeli itu agak terkawal. Berbalik semula kepada budget perjalanan di Bali anda boleh mendapatkan tour guide+kereta kijang (Toyota Inova) dengan harga RP 400ribu (sekitar RM120) untuk seharian perjalanan (biasanya 3 ke 4 destinasi menarik bergantung kepada pakej perjalanan yang akan disarankan oleh pemandu). Jadinya sebelum anda datang ke Bali pastikan anda mengkaji terlebih dahulu lokasi yang menarik di sini. 

Sea Walker.


Sekiranya anda sukakan, watersport apa kata anda mencubanya di Tanjung Benua Bali. Walaupun permainan ini boleh kita dapati di negara kita tapi iya pastinya lebih mencabar di Bali. Banyak perkaranya yang sangat mengagumkan di sini. Namun, sukan air yang terdapat di Bali boleh di katakan agak mahal. Pakej yang kami persetujui ketika itu untuk sukan air berharga RP 1juta 900ribu (lebih kurang RM600 untuk 3 orang). Namun, tidak ada salahnya membelanjakan sedikit wang sekiranya kita benar-benar ada passion terhadap sesuatu: tutup mata bayar. Enjoylah! 

Para-ceiling




Tapi saya menyarankan kepada anda. Adalah lebih baik anda bercuti ke Bali bersama rakam-rakan, sahabat, someone special atau sesiapa sahaja asalkan bukan dengan keluarga kerana Bali  tidak begitu sesuai untuk di jadikan lokasi percutian bersama keluarga terutamanya kanak-kanak. Salah satunya adalah kerana harga makanan yang agak mahal (maklumlah Bali adalah tumpuan pelancong terutamanya Eropah sebagaimana USD juga boleh diguna pakai) dan juga persekitarannya yang lebih cenderung kepada hiburan. Itu pendapat saya sahaja okay, yang lainnya terpulang kepada anda! 😘 #bali @mdshafik

Monkey Forest


Ceking Reteras, Tega-lala

Okay! Sampai kita jumpa lagi. Bye ❤️

Popular Posts