About Me

My photo
An Air Asia Cabin Crew/ Entrepreneur

Sunday, 21 February 2016

Disneyland di Hong Kong.

What's up! okay, cerita 3 hari 2 malam terbang ke Hong Kong januari lepas. baru sekarang sempat update blog. Terbang direct dari Kota Kinabalu International Airport pastinya dengan "Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaik Dunia". Hehe

Tujuan utama datang ke sini adalah kerana ke inginan untuk meng-explore apa yang best sangat dekat Disneyland Hong Kong. Tapi memang terbaik, i tell you! Baiklah, sebaik sahaja mendarat di Hong Kong perkara pertama yang anda perlukan ialah Octopus Card yaaa. Jangan lupa. Ini kerana public transport paling utama di Hong Kong adalah MTR atau Mass Transit Railway. Di mana ke semua kawasan Hong Kong adalah di hubungkan oleh MTR ini dan amat praktikal untuk digunakan oleh sesiapa sahaja termasuk pelancong yang pertama kali datang ke Hong Kong seperti saya. 


Memandangkan hotel yang telah di tempah sebelum tiba di sini terletak di Kawloon. So, apa lagi? cepat-cepatlah cari peta MTR dan dengan peta yang sangat praktikal ini mudahlah kita mendapatkan cara bagaimana untuk menuju ke Kawloon. BP International Hotel yang telah di tempah ini terletak di Austin Road dan lokasinya sangat strategik. Jalan kaki pun boleh pergi ke Avenue of Stars dan Ladies Market yang popular tuhhh. Tapi boleh tahan jugalah perjalannannya mengambil masa sekitar 25 minit. My advice untuk traveler yang baru pertama kali datang ke Hong Kong sekiranya mahu bertanya sesuatu tempat, janganlah tanya orang yang ada di sekitar tu nama bangunan, hotel atau shopping mall. Tapi sebaik-baiknya ketahui nama jalan dan tanyalah bagaimana arah serta cara untuk menuju ke tempat tersebut. okay!


Hari kedua, bangun pagi-pagi. Relax-relax kejap, urut-urut kaki yang sakit sebab marathon bandar Hong Kong semalam. Punya sakit. haha.. tapi yang bestnya, cuaca dengan Hong Kong masa ni sejuk-sejuk sekitar 14 darjah selsius. Gerimis-gerimis pula tu, habis basah kuyup. Tapi syukur pagi ni okay sikit, cuaca cantik. Sekitar pukul 8.30 pagi bergeraklah pergi MTR kawasan Kawloon tu bersebelahan dengan Masjid Kawloon, jangan hairan banyak betul orang muslim di kawasan ni. Mostly orang Indonesia, boleh kenal pastilahkan sebab mereka-mereka ni semua bercakap bahasa Melayu dekat sini. Kalau pergi MRT pula, kita akan jumpa banyak orang Philippine, mungkin bekerja di sini. Okaylah juga bolehlah communicate dengan dorang sebab, semua boleh berbahasa English. Jadi jangan risau tidak sesat. 
 Jadi objektif utama untuk ke Disneyland tercapailah. Dari semalam cari tiket dekat 7 Eleven, tapi tidak jumpa. Tapi tidak perlu risau nanti dengat depan Disney pun ada jual. Harga tiket yang di jual di sini adalah sama dengan di luar. Harga tiket Disneyland sekitar RM250 atau HKD 530. First time masuk Disneyland, macam-macam rasanya. Punya best! Masuk gerbang, sudah rasa betul dunia kanak-kanak yang sangat menakjubkan. Haha

Berbaloilah juga bayar mahalkan. Habiskan masa sehari dekat dalam nih. Nama pun sudah taman temakan, jadi mainlah semua jenis permainan yang ada. Malam pula, tunggu Disney Paint The Night. Memang Paint habis, bunga api non-stop berdentum. Aduh, dengan semua watak-watak fairy tale buat persembahan depan laluan utama Disneyland. Memang menang lampulah. Best gila-gila.

Di laluan inilah kesemua watak-watak Disney akan berarak malam nanti. Best!

Inilah istana yang di khayalkan kebanyakkan kanak-kanak. 

Saya lupalah berapa usia saya sekarang?





Disney Paint The Night. Semua orang sudah berkumpul untuk menyaksikan persembahan bunga Api. Memang terbaik!


Okaylah, sampai sinilah cerita saya okay. Insya Allah simpan angan-angan datang lagi mahu pergi ke Ocean Park, Hong Kong pula! Bye.





5 comments:

Popular Posts